Tajuk : Proses Pendaftaran Akaun Bank CIMB dan Akaun CIMB CLICKS
Tarikh : 10/9/2013
Seksyen : 2
Pengajar : Profesor Madya Miswan Bin Surip
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Merujuk kepada sesetengah pakar, e-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. E-dagang memerlukan seseorang untuk memiliki akaun bank mereka sendiri bagi memudahkan mereka melaksanakan proses pembelian atau penjualan secara atas talian. Bagi memulakan perbankan internet atau dikenali juga sebagai online banking, seseorang itu haruslah memiliki satu akaun bank dimana-mana bank pilihan mereka. Dalam tugasan ini, saya memilih untuk membuka akaun Bank CIMB. Oleh itu, saya akan menunjukkan beberapa prosedur serta langkah-langkah untuk membuka akaun bank CIMB dan seterusnya ke perbankan internet CIMB atau lebih dikenali sebagai CIMB Clicks.
Prosedur 1
Prosedur Membuka Akaun Bank
Pertama - Kaunter Pertanyaan
1. Pemohon menyatakan keinginan membuka akaun bank di kaunter pertanyaan.
2. Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari.
3. Selepas proses pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat MyKad pemohon serta diminta untuk mengambil nombor giliran dan seterusnya pergi ke kaunter perkhidmatan.

Kedua - Kaunter Perkhidmatan
1. Setelah tiba giliran pemohon, pemohon dikehendaki untuk pergi ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat pemohon.
2. Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangan oleh pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma dan syarat, dan lain-lain.
3. Pemohon diminta untuk menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank.
4. Setelah menerima nombor akaun bank, pemohon perlu pergi ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut.

Ketiga - Kaunter Penerimaan Kad ATM
1. Nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM.
2. Di kaunter penerimaan kad ATM, pemohon akan menandatangani di sebelah belakang kad tersebut.
3. Selesai menandatangani kad bank tersebut, pemohon akan diberi satu siri nombor keselamatan.
4. Jika pemohon berhasrat untuk menukar nombor keselamatan tersebut, pemohon perlu menuju ke mesin ATM untuk menukar nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin baru yang pemohon inginkan.

Prosedur Membuat Perbankan Internet
Pertama - Membuat e-pin
1. Pemohon memerlukan e-pin sebelum mendaftar untuk melakukan perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin .
2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut:
[ Lain-lain -> CIMB Clicks -> CIMB Clicks e-Pin ]
3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin yang pemohon inginkan.
[ PERHATIAN : Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM ]
4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks .

Kedua - Membuat Akaun Perbankan Internet
1. Pemohon perlu pergi ke laman sesawang CIMB Clicks iaitu http://www.cimbclicks.com.my/
Laman Web CIMB Clicks
2. Klik pada 'Online Registration'. Kemudian akan keluar satu tetingkap, klik pada kotak hitam yang terpapar tulisan 'Register Now'.
3. Kemudian akan terpapar satu tetingkap baru seperti di bawah ini. Pemohon dikehendaki mengisi nombor kad ATM yang berada di belakang kad tersebut, mengisi nombor pin ATM, menaip semula tulisan yang dipaparkan bagi tujuan keselamatan dan bersetuju dengan terma dan syarat mereka. Setelah selesai pemohon menekan butang 'Agree & Continue' untuk ke menu seterusnya.
4. Pada menu berikutnya, pemohon perlu membuat ID CIMB Clicks, kata laluan, alamat e-mel pemohon serta mencipta 'secure word' pemohon. Setelah selesai mengisi ruangan-ruangan tersebut, pemohon hanya perlu klik pada butang 'Continue' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'Clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi .
5. Kemudian pemohon akan diberitahu bahawa telah berjaya membuat akaun CIMB Clicks. Pemohon mengklik pada kotak merah yang terpapar 'Proceed to Login'.
6. Pada menu yang seterusnya, pemohon dikehendaki mengisi ruang 'User ID'. Setelah itu, pemohon hanya perlu menekan butang 'Submit'.
7. Kemudian akan terpapar 'SecureWord' yang telah dipilh oleh pemohon pada awal permohonan tadi. Untuk memastikan itu adalah milik pemohon, pemohon perlulah memasukkan 'Password' pemohon.
8. Pada menu yang berikutnya, pemohon perlu mengklik pada kotak yang terpapar 'Proceed to Homepage' untuk meneruskan proses permohonan.
9. Akhir sekali, pemohon perlu mengisi ruang-ruang tersebut bagi tujuan keselamatan.
Dengan ini tamatlah prosedur dan langkah-langkah membuka akaun bank CIMB serta melakukan perbankan internet di CIMB . Pemohon boleh mengubah dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks dengan mudah. Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna CIMB, antaranya ialah pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak bank CIMB sangat mudah digunakan serta dapat banyak membantu pengguna.

.jpg)